PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Wakil persatuan dan kesatuan sekerja yang mewakili skim perkhidmatan tertentu serta pihak lain yang berkaitan, akan dijemput dalam perbincangan pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata pasukan petugas itu juga akan berusaha mencari penyelesaian terbaik berhubung isu yang dibangkitkan.
"Namun demikian diingatkan bahawa kerajaan juga mempunyai kekangan tertentu yang mungkin tidak akan dapat memenuhi kehendak semua pihak. Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama semua pihak amatlah dihargai," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan surat pelantikan kepada anggota pasukan itu di sini Rabu.
Beliau berkata kerajaan amat prihatin dengan aduan dan rungutan orang ramai termasuk penjawat awam, dan bersedia mendengar serta menelitinya untuk tujuan penambahbaikan secara berterusan.
Pada sidang akhbar selepas itu, Mohd Sidek berkata beliau yakin dengan kemampuan pengerusi pasukan petugas berkenaan iaitu bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam yang berpengalaman luas.
"Sudah tentu semua hasrat dan permasalahan akan didengari, ia termasuklah hasrat penjawat awam peringkat tinggi dan juga peringkat rendah.
"Tetapi apa yang penting di sini ialah produktiviti, jika ada kenaikan gaji, maka haruslah ada juga peningkatan produktiviti," katanya.
Pada majlis itu, sepuluh anggota pasukan petugas tersebut menerima watikah pelantikan masing-masing dengan didahului pengerusinya, diikuti Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Farida Mohd Ali serta Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun.
Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan Datuk Nozirah Bahari, Pengarah Pembangunan Organisasi JPA Datuk Basaruddin Sadali, Pengarah Saraan JPA Raja Noor Zaedah Raja Ahmad dan Pengarah Perkhidmatan JPA Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman.
Pasukan itu turut dianggotai Timbalan Pengarah Belanjawan (Dasar) Bahagian Pengurusan Belanjawan Kementerian Kewangan K Givananadam, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Kementerian Kewangan Hazanah A Bakar serta Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
Search
Followers
Popular Posts
-
Moderator: Prof. Dr. Raduan Che Rose Intipati forum:- Jam 2.35petang : Peranan & Sumbangan Pejawat Awam (Dato’ Osman & Prof. M...
-
Wall Of Knowledge? Concept: Cafe Library Modern Library? Street Library ipad Vs Books?
-
Hi! look at my new photos here!
-
Logo rasmi untuk Kelab Pembantu Perpustakaan (KPP) UiTM
-
Ahli Jawatankuasa Kelab Pembantu Perpustakaan UiTM bertemu dengan Encik Noor Hidayat Adnan diatas pelantikan sebagai Ketua Pustakawa...
-
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi MARA (KKUUiTM), Institut Perkembangan Minda Selang...
-
Ekspo Selangkah ke UiTM 2012 Tarikh: 24 dan 25 Mac 2012 (Sabtu & Ahad) Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang Tempat: Dewan Agong Tua...
-
Intipati persidangan:- Jam 11.00 pagi: Sesi #2 -Trust di dalam organisasi seperti "family" -Good Communication sesama co-wor...
-
Tarikh : 31 Januari 2012 Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam Re...
-
Kelab Pembantu Perpustakaan Uitm telah menghantar wakil kpp Seramai 3 orang iaitu...sdr Badlishah, sdr sdr Khairul idzwan dan. Sdr Hazry Yun...
Post a Comment