Majlis Perasmian Pameran Warisan & Pusaka Melayu: Keris & Silat




Kepada semua warga UiTM dan peminat keris, tuan/puan adalah dijemput hadir bersama-sama memeriahkan Majlis Perasmian Pameran Warisan & Pusaka Melayu: Keris & Silat dan Seminar " Keris : 1 Pengenalan" seperti ketetapan berikut:-


Tarikh:  10 April 2012 (Selasa)
Masa:  9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Ruang Legar PTAR 1


Antara objektif pameran ini adalah untuk mendekati golongan muda melalui pameran dan sesi perkongsian maklumat bagi melestarikan warisan dan pusaka Melayu, serta menambah nilai, mencintai sejarah dan warisan serta mempertingkatkan masyarakat yang berdaya kreatif dan berbudaya.


Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Antaranya ialah:-
-Pameran Keris (Galeri PTAR) – Sebanyak 84 jenis keris daripada 8 Pemilik Keris Persatuan Senipurba Nusantara Selangor (PURBA)
-Pameran Senjata daripada Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
-Pameran Lukisan oleh S. Amin Shahab (Pengarah, Pelakon dan Aktivis Seni) 
-Seminar “ Keris: 1 Pengenalan”
-Peragaan Busana Melayu
-Persembahan Demo Silat Seni Gayong
-Persembahan Amanat Warisan daripada En. Azam Mokhtar
-Gerai Jualan Keris
-Kuiz
-Pertandingan i-Read (mengarang esei) “ Belia Pewaris Pusaka dan Warisan Melayu”


Tuan/puan adalah dijemput hadir beramai-ramai  bagi memeriahkan lagi majlis. 


Pameran Keris yang berlansung di Galeri PTAR hanya 1 hari sahaja (10 April 2012), dan akan diikuti oleh Pameran Lukisan S. Amin Shahab pada 11 April sehingga 20 April 2012

Posted in , , | Leave a comment

Bengkel Perancangan Perpustakaan

Kelab Pembantu Perpustakaan Uitm telah menghantar wakil kpp Seramai 3 orang iaitu...sdr Badlishah, sdr sdr Khairul idzwan dan. Sdr Hazry Yunus..

Pada sesi Khas. Dengan dato naib canselor....Kelab telah membuat .permohonan gred s27 telah disuarakan...dan kami dimaklumkan oleh Encik noor hidayat neliau telah memaklumlan bahawa beliau telah membuat permohonan rasmi kepada pendaftar uitm dan ianya telah disokong oleh Dato VC..

Dan dato VC juga telah memaklumkan bahawa beliau akan sedia menerima pandangan dan cadangan..

1 Comment

Yayasan Sukarelawan Siswa bersama Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak



Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Amanat YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Bersama Warga Kampus di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, Selangor.

Seramai 10 ribu mahasiswa UiTM membanjiri DATC bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri serta mendengar amanat yang telah disampaikan. Semoga menjadi inspirasi kepada setiap mahasiswa.

Posted in | Leave a comment

Mesyuarat Perancangan Strategik PTAR

Assalammmualaikum.... Bermula esok KPP akan membentangkan cadangan kemajuan kerjaya kepada PENGURUSAN TERTINGGI ...PERPUSTAKAAN UITM.....doakan yang terbaik....

Leave a comment

Ekspo Selangkah ke UiTM


Ekspo Selangkah ke UiTM 2012


Tarikh: 24 dan 25 Mac 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam


"Education is an admirable thing, but it is well to remember from time to time that nothing that is worth knowing can be taught"- Oscar


source: BPSP blog

Posted in , , | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.