Archive for January 2012

Koleksi gambar Google (Library)



Wall Of Knowledge?

Concept: Cafe Library

Modern Library?

Street Library

ipad Vs Books?

Posted in , | Leave a comment

AMANAT NAIB CANSELOR UiTM TAHUN 2012



Tarikh : 31 Januari 2012
Masa         : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam


Read More: HERE

Posted in , , | Leave a comment

Perjumpaan AJK KPP bersama Ketua Perpustakaan UiTM, Encik Noor Hidayat Adnan








Ahli Jawatankuasa Kelab Pembantu Perpustakaan UiTM bertemu dengan Encik Noor Hidayat Adnan diatas pelantikan sebagai Ketua Pustakawan UiTM (KP) yang baru. Sekalung tahniah diucapkan dari Kelab Pembantu Perpustakaan.

Selain itu, beberapa perkara dan perancangan telah dibentangkan kepada KP untuk kebaikan bersama.

Tarikh: 27/01/2012
Masa: 10.00 pagi-11.30 pagi
Tempat: Bilik Ketua Pustakawan

AJK yang terlibat:-

Badle Shah bin Yahaya
Mohd. Khairul Idzwan bin Mohd. Saad
Mohd. Zulfarith bin Mohd. Nor
Mohd.Norfaiz bin Abdul Rashid
Mohamad Zuraimi bin Mohd. Amin
Muhammad Hazry bin Yunus
Fadzilah bt Mohd. Ali
Shahrul Hairy bin Shaharuddin

Posted in , | Leave a comment

WAKIL PERSATUAN, SEKERJA DIJEMPUT SERTAI PERBINCANGAN SBPA IKUT KEPERLUAN



PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Wakil persatuan dan kesatuan sekerja yang mewakili skim perkhidmatan tertentu serta pihak lain yang berkaitan, akan dijemput dalam perbincangan pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata pasukan petugas itu juga akan berusaha mencari penyelesaian terbaik berhubung isu yang dibangkitkan.

"Namun demikian diingatkan bahawa kerajaan juga mempunyai kekangan tertentu yang mungkin tidak akan dapat memenuhi kehendak semua pihak. Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama semua pihak amatlah dihargai," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan surat pelantikan kepada anggota pasukan itu di sini Rabu.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dengan aduan dan rungutan orang ramai termasuk penjawat awam, dan bersedia mendengar serta menelitinya untuk tujuan penambahbaikan secara berterusan.

Pada sidang akhbar selepas itu, Mohd Sidek berkata beliau yakin dengan kemampuan pengerusi pasukan petugas berkenaan iaitu bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam yang berpengalaman luas.

"Sudah tentu semua hasrat dan permasalahan akan didengari, ia termasuklah hasrat penjawat awam peringkat tinggi dan juga peringkat rendah.

"Tetapi apa yang penting di sini ialah produktiviti, jika ada kenaikan gaji, maka haruslah ada juga peningkatan produktiviti," katanya.

Pada majlis itu, sepuluh anggota pasukan petugas tersebut menerima watikah pelantikan masing-masing dengan didahului pengerusinya, diikuti Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Farida Mohd Ali serta Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun.

Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan Datuk Nozirah Bahari, Pengarah Pembangunan Organisasi JPA Datuk Basaruddin Sadali, Pengarah Saraan JPA Raja Noor Zaedah Raja Ahmad dan Pengarah Perkhidmatan JPA Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman.

Pasukan itu turut dianggotai Timbalan Pengarah Belanjawan (Dasar) Bahagian Pengurusan Belanjawan Kementerian Kewangan K Givananadam, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Kementerian Kewangan Hazanah A Bakar serta Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.



Original source: CUEPACS blog

Posted in , | Leave a comment

Rumusan Bengkel SBPA untuk Kelab Dalaman UiTM




BERBANGKIT BERKENAAN SBPA (SKIM BARU PERKHIDMATAN AWAM)

A.
SKIM GAJI JURUTEKNIK


Skim gaji yang ditawarkan tidak selaras dengan kekananan jawatan yang disandang semasa SSM seperti dijelaskan di bawah:













Yang ditawarkan dalam SBPA






SSM
SBPA






J17
Gaji dirangkumkan sekali dalam JA3-1 (iaini dilonggokan sebaris).






J22






J26
















Yang sepatutnya (cadangan)






SSM
SBPA






J17
JA3-1






J22
JA3-2






J26
JA3-3














Rumusan








1.
Ini bermakna jawatan kanan dan tertinggi telah hilang kekananan (seniority)

2.
Tiada kelebihan untuk staf yang lama berkhidmat.

3.
Bulan Kenaikan Gaji Tahunan SBPA yang ditawarkan tidak mengikut Bulan Kenaikan Gaji Tahunan SSM.

                                                                              

B.
SKIM GAJI PENOLONG JURUTERA


Perbezaan Kenaikan Gaji Tahunan Juruteknik dan Penolong Jurutera dalam tawaran SBPA adalah sama iaitu RM145.00 setahun, sedangkan penolong jurutera berkelulusan diploma, manakala Juruteknik berkelulusan sijil politeknik iaini terdapat perbezaan kelulusan.




Yang ditawarkan dalam SBPA





SSM
SBPA





J29
J2-1





J36
J2-4





J38
J2-3














Yang sepatutnya (cadangan)





SSM
SBPA





J29
J2-1





J36
J2-2





J38
J2-3





C.
SKIM PENJAGA JENTERA

Tidak terdapat perbezaan gaji di antara (Penjaga Jentera) J4-1, J4-3, J4-5 dengan (Pembantu Kemahiran) H4-1, H4-2  dan H4-3 dalam SBPA yang ditawarkan.

Pada sebenarnya terdapat perbezaan kelayakan untuk perlantikan dan bidang tugas dalam perkhidmatan seperti yang tersebut di atas.  Iaitu (Penjaga Jentera) J4-1, J4-3, J4-5 H4-2 memerlukan Perakuan Kompetenan dari Suruhanjaya Tenaga melalui pendidikan formal selama 3 tahun dan pembaharuan pendaftaran kompetenan setiap tahun.




Rumusan

1. 
Meminta mengkaji semula skala gaji berdasarkan kelayakan dan bidang tugas di antara (Penjaga Jentera) J4-1, J4-3, J4-5 dengan (Pembantu Kemahiran) H4-1, H4-2  dan H4-3.


D.
SKIM GAJI JURUTEKNIK KOMPUTER


Skim gaji yang ditawarkan tidak selaras dengan kekananan jawatan yang disandang semasa SSM seperti dijelaskan di bawah:













Yang ditawarkan dalam SBPA






SSM
SBPA






FT17
FT4-1






FT22
FT4-3






FT26
FT4-5
















Yang sepatutnya (cadangan)






SSM
SBPA






FT17
FT3-1






FT22
FT3-2






FT26
FT3-3














Rumusan








1.
Semak semula skala penggredan gaji FT (Juruteknik Komputer) selaras dengan kelulusaan sijil politeknik/STPM.

2.
Kenaikan Gaji Tahunan Skim FT pada skala RM95 manakala Kenaikan Gaji Tahunan Skim J pada skala RM145, mohon membuat penyelarasan setara.

                                                                              

E.
SKIM SETIAUSAHA PEJABAT/ PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT

Perbezaan gaji antara setiausaha pemegang diploma UiTM/IPTA tidak  menampakkan perbezaan yang ketara dengan setiausaha pemegang diploma dari Politeknik atau STPM.


Rumusan


1.
Minta dibuat semakan di antara kelulusan Diploma Kesetiausahaan Eksekutif UiTM/IPTA yang menjalani pengajian selama 3 tahun, Diploma Stenografi yang menjalani pengajian selama 2 ½ tahun, Diploma Kesetiausahaan dari Politeknik dan pemegang STPM.



F.
SKIM PEMBANTU MAKMAL

1.
Mudahkan proses menaik taraf kenaikan pangkat Pembantu Makmal (C4-1) ke Penolong Pegawai Sains (C2-1) melalui Bridging Program dan KPSL.

2.
Naik taraf gred Pembantu Makmal (C4-1)ke Penolong Pegawai Sains (C2-1)secara automatik sebagai contoh seperti yang telah berlaku pada Jawatan Juruteknik Awam dan Operator Komputer (OMPD ke Kerani) tanpa proses temuduga dan kekosongan jawatan.

3.
Mohon semakan gred gaji di kaji semula agar terdapat perbezaan di antara staf yang telah lama berkhidmat berbanding dengan staf yang baru berkhidmat.



G.
SKIM OPERATOR MESIN PROSESAN DATA (OMPD) ( FT11 / FT14 )

1.
Mengambilkira keputusan peperiksaan KPSL untuk dipertimbangkan jawatan Juruteknik Komputer.  Dengan mempertimbangkan peperiksaan yang telah diambil pada Julai 2011 yang kini sedang menunggu keputusan.

2.
Sekiranya diperlukan untuk buat opsyen SBPA ke Pembantu Operasi Gred N5-1, keputusan KPSL masih kekal relevan sebagai kelayakan untuk memohon jawatan Juruteknik Komputer.



H.
SKIM PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (KP)

1.
Skim Keselamatan masih menggunapakai Gred KP5-1, KP5-2 dan KP5-3 yang mana tidak terdapat di dalam lain-lain Skim Perkhidmatan Keselamatan Dan Pertahanan Awam di dalam SBPA.  Memohon supaya Gred KP5-1, KP5-2 dan KP5-3 ini dinaikan kepada Gred KP4-1.

2.
Memohon agar kelayakan minima untuk memasuki skim perkhidmatan ini menggunapakai kelayakan minima SPM.  Ini selaras dengan bidang tugas Jabatan Bomba & Penyelamat dan Polis DiRaja Malaysia.

3.
Mengwujudkan perbezaan skim Penolong Pegawai Keselamatan berkelayakan diploma diletakan di dalam KP2-1, KP2-2 dan KP2-3 supaya ianya tidak sama dengan kelayakan di dalam SBPA yang menggunapakai kelayakan STPM.

4.
Tiada perbezaan tangga gaji berasaskan pengalaman kerja di antara staf yang telah berkhidmat 3 tahun ke atas berbanding dengan staf yang baru memasuki skim perkhidmatan.  Contoh;  tangga gaji KP3-2  yang baru dinaikan pangkat dengan KP3-2 yang telah menyandang jawatan melebih 3 tahun.



PERKARA BERBANGKIT KKUUiTM (KESATUAN KAKITANGAN UMUM UiTM)
Secara keseluruhannya pihak KKUUiTM melihat perkara berbangkit ini mempunyai keperluan kepada penambahbaikan seperti dinyatakan di bawah:

SBPA tidak mengambilkira tempoh perkhidmatan staf dari segi kekananan sehingga menyebabkan mereka berada dalam satu baris tangga gaji yang sama dengan staf yang baru dilantik dalam perkhidmatan.

Pengredan skim tidak menyeluruh, ian hanya tertumpu kepada Gred J dan Gred1-10 sahaja.  Sepatutnya ianya melibat semua gred perkhidmatan.

Kenaikan dan pertambahan gaji tidak mengikut gred.

Kenaikan gaji pada skim tertentu ada yang naik terlalu kecil dan ada gred yang mengalami penurunan nilai gaji.

    Tidak ada perbezaan tangga gaji kenaikan pangkat secara proses temuduga dengan kenaikan pangkat melalui proses KUP (Kenaikan Untuk Penyandang).

             Untuk kumpulan Gred 11, hireki skala gajinya hanya sebanyak 11 julat.

    Sebarang cadangan dan penambahbaikan mengenai skim perkhidmatan boleh di email terus kepada kkuuitm@salam.uitm.edu.my

    Borang keahlian boleh di dapati di laman web KKUUiTM di http://kkuitm.uitm.edu.my/



Posted in , | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.